PruBSN SmartLink

Perkara paling indah dalam kehidupan datang dalam bentuk yang tak dijangka – serupa dengan kelahiran seorang bayi. Jadi, kenapa tunggu sehingga bayi anda telah lahir untuk memberikannya yang terbaik. Kini PruBSN SmartLink meluaskan perlindungan supaya anda boleh mula melindungi si manja dari dalam rahim lagi.

PruBSN FirstLink

Sempurnakan salah satu daripada peristiwa-peristiwa bermakna dalam hidup anda dan kami akan RAIKAN pencapaian anda melalui Bonus AchieveFirst. Anda akan menerima RM500 jika anda Berjaya melakukan peristiwa tersebut sebelum anda mencapai umur 50 tahun.

PruBSN TakafulLink

Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.

PruBSN HealthEnrich Medical card

HealthEnrich direka untuk memastikan anda menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan. HealthEnrich adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar.

PruBSN UmmahLink

PruBSN UmmahLink membawa anda selangkah ke hadapan dalam meningkatkan simpanan anda di samping memberikan anda perlindungan yang sepatutnya untuk rancangan kehidupan anda. Nikmatilah perlindungan hayat dan kewangan serta mendapat maklumat di hujung jari yang akan membawa anda selangkah lebih dekat dalam memenuhi impian hidup anda.

Sunday, 5 October 2014

PruBSN UmmahLink - Simpanan dan Perlindungan untuk Haji Anda!



PruBSN UmmahLink membawa anda selangkah ke hadapan dalam meningkatkan simpanan anda di samping memberikan anda perlindungan yang sepatutnya untuk rancangan kehidupan anda. Dengan PruBSN UmmahLink, anda akan menerima semula bayaran tunai setiap dua tahun, nikmati perlindungan hayat dan kewangan serta mendapat maklumat di hujung jari yang akan membawa anda selangkah lebih dekat dalam memenuhi impian hidup anda. Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami pelan takaful UmmahLink dengan lebih baik.

Apakah PruBSN UmmahLink?

Pelan PruBSN UmmahLink adalah pelan yang direka bagi pelanggan yang ingin perlindungan untuk diri sendiri dan membantu mereka memenuhi kewajipan agama pada masa yang sama, termasuk tetapi tidak terhad kepada menunaikan ibadah Haji/Umrah. Di samping itu, ia juga menyediakan bayaran tunai setiap dua tahun yang boleh digunakan untuk memenuhi impian hidup yang lain.

Bagaimanakah PruBSN UmmahLink dengan Cashbuilder membantu anda demi memenuhi impian hidup anda?

Di bawah adalah ilustrasi bagaimana PruBSN UmmahLink dengan CashBuilder memberi anda ganjaran untuk jangka masa panjang.


1. CashBuilder
Ia memberikan bayaran tunai setiap dua tahun dan fleksibiliti untuk menambah atau mengurangkan amaun bayaran tunai serta pilihan untuk menerima atau mengumpulkan bayaran tunai tersebut untuk nilai tunai lebih tinggi. Anda juga boleh memilih untuk pindahkan amaun tersebut secara automatik ke dalam akaun tabung Haji atau akaun simpanan peribadi.

2. Pelaburan
Ia mengoptimumkan peningkatan pelaburan anda melalui pelaburan di dalam dana-dana Takafulink

Bagaimanakah PruBSN UmmahLink boleh membantu anda di samping simpanan Tabung Haji anda?

PruBSN UmmahLink merupakan pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan memberikan anda bayaran tunai setiap dua tahun melalui CashBuilder dengan pilihan untuk memindah bayaran tunai secara automatik dalam akaun Tabung Haji anda.

Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?

Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 19 dan 70 yang mahukan pelan komprehensif untuk merancang masa depan mereka.

Bagaimanakah saya mengaturkan Badal Haji?

Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan TPD sebelum sempat menunaikan Haji, PruBSN akan menguruskan apa yang perlu supaya Badal Haji ditunaikan badi pihak anda. PruBSN akan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda (sebaik waris terdekat) atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Badal Haji bagi pihak anda.

Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk pelan ini?

Sumbangan bulanan minimum adalah RM150. Walaubagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
  • Umur anda
  • Jumlah dan terma perlindungan anda
  • Status kesihatan anda
  • Jantina anda
  • Kaedah pembayaran anda
  • Kekerapan pembayaran anda
*1 Sumbangan tersebut adalah termasuk sumbangan CashBuilder yang berdasarkan amaun bayaran tunai.

Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada pelan ini?

Anda berlayak menerima sekurang-kurangnya 50%daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada) yang didapati daripada Tabarru' pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru'. Lebihan yang boleh diberikan kepada anda akan dimasukkan semula ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA).

*2 Amaun sebenar lebihan yang boleh diberikan akan ditentukan setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.

Sila hubungi saya di:
013-7784462 (Ahmad Ridha) atau
email: aridha089@gmail.com


Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea www.myprubsn.com. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform kami melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.