Selamat datang ke blog My PruBSN Takaful!
Alhamdulillah, terlebih dahulu penulis ingin memanjatkan
setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan kekuatan dan bantuan
spiritual buat penulis bagi membangunkan serta menyiapkan blog www.myprubsn.com ini, malah tidak lupa juga kepada para sahabat dan keluarga yang banyak membantu.
Tujuan blog ini ditulis adalah untuk berkongsi ilmu mengenai insurans dan takaful buat para pembaca tidak kiralah samada pelajar kolej atau universiti, pekerja
awam mahupun swasta serta golongan pesara. Blog ini juga bukanlah sekadar memaparkan
ilmu kewangan dari segi insurans dan takaful sahaja, malah ia lebih
dari itu kerana ia turut merangkumi pelbagai aspek motivasi kewangan, tips keusahawanan, pelaburan,
insurans, takaful, teknik mencari
wang sampingan, rahsia pemasaran dan pelbagai
lagi!
Usah merendah diri sekiranya kita berasa tercabar apabila melihat
kandungan blog ini. Tahukah anda, terlalu ramai golongan profesional yang pakar
dalam kerjaya mereka sering kali menghadapi masalah kewangan akibat kos rawatan yang tinggi sehingga terpaksa
meminta bantuan egensi pengurusan kredit dan bank pusat. Jadi, tujuan blog ini
dibangunkan adalah untuk membantu mereka-meraka yang ingin merancang sistem kewangan mandirinya
agar menjadi lebih hebat termasuk golongan usahawan-usahawan yang berazam untuk menempuh
kejayaan yang luar biasa!
Akhir kata dari admin www.myprubsn.com, jom sama-sama kita menjana kehidupan yang
lebih hebat!
Sekian, Terima Kasih!
0 comments:
Post a Comment